Sabtu, 5 November 2011

NOTA PENDIDIKAN ISLAM


IBADAT






WUDUK

Pengertian wuduk
Membasuh atau menyapu anggota tertentu dengan air mutlak dimulai dengan niat .

Hukum wuduk
                WAJIB   : Ketika hendak Solat ,Tawaf , Menyentuh Al Quran ,Sujud Tilawah ,Sujud Syukur  
               SUNAT   : Ketika hendak memasuki majlis ilmu ,tidur ,belajar ,membaca al-Quran / hadis dll

Rukun-Rukun
Perkara Sunat


1.Niat  - Ketika air sampai ke muka – 'Sahaja aku berwuduk kerana Allah taala'
2.Membasuh mukaBermula dari tempat tumbuh rambut di dahi  hingga ke  dagu & dari anak telinga kanan ke anak telinga kiri
3.Membasuh kedua-dua tangan  hingga ke siku-
4.Menyapu sebahagian kepalaSapu sebahagian rambut di dahi  sahaja
               ( Jika tidak berambut memadai sapu kulit kepala )
5.Membasuh kedua belah kaki hingga buku lali
6.TertibMelakukan semua rukun wuduk mengikut tertib

1.Memulakan dengan Basmallah
2.Membasuh kedua tangan hingga pergelangan
3.Berkumur-kumur
4.Memasuk air dlm hidung dan mengeluarkannya
5.Menyapu air keseluruh kepala
6.Membasuh kedua-dua telinga
7.Menggosok celah jari kaki dan tangan
8.Berturut-turut – tidak diselangi masa yang lama    ketika membasuh satu anggota dgn yg lain
9.Membasuh 3 kali setiap anggota wuduk
10.Membaca doa selepas wuduk


§  Rukun wuduk merupakan perkara yang  Wajib di sempurnakan ketika mengambil wuduk
§  Meninggalkalkannya menyebabkan  wuduk tidak sah

§  Sunat wuduk merupakan perkara yang digalak kan ketika mengambil wuduk
§  Meninggalkannya   - wuduk  sah


Perkara Makruh ketika wuduk
PerkaRa membatalkan wuduk

1.Membasuh anggota wuduk lebih 3 kali
2.Berkumur-kumur atau memasukkan air ke dlm
   hidung secara berlebihan(  bagi org berpuasa )
3.Mendahului anggota kiri
4.Bercakap-cakap ketika berwuduk

1.Keluar sesuatu dari qubul dan dubur
2.Bersentuhan kulit lelaki dgn perempuan bukanmahram tanpa berlapik
3.Hilang akal  :  disebabkan  gila ,mabuk ,pengsan atau mengambil ubat yang  boleh menghilangkan ingatan
4.Tidur yang tidak tetap papan punggung
5.Menyentuh kemaluan sendiri atau orang lain   tanpa berlapik

Adab -ADAB
1-Memulakan wuduk dengan Basmallah
2-Berjimat menggunakan air
3-Menghadap kiblat
4-Tidak bercakap-cakap ketika berwuduk
5-Menjaga daripada terdedah aurat

KEBAIKAN
1.Membersihkan anggota yang terdedah kepada kekotoran
2.Memberi kesegaran anggota & jiwa untuk beribadat kepada Allah
3.Menghapuskan dosa-dosa kecil
4.Mendidik jiwa sentiasa beradab dan bersopan untuk menyembah / mengadap Allah
5.Menjauhi gangguan syaitan











Tiada ulasan:

Catat Ulasan