Ahad, 6 November 2011

CIRI-CIRI GURU BERKESAN

Ciri-Ciri Yang Perlu Ada Pada Seorang Guru Berkesan

Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato’ Dr. Abdul Shukor Abdullah menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana yang  berikut:

Ahad, 30 Oktober 2011

SIFAT DAN PERIBADI RASULULLAH SAW

Adalah Rasulullah SAW merupakan seorang yang banyak merendahkan diri dan berdoa ke hadhrat Allah SWT agar menganugerahkan baginda dengan kebaikan adab dan kemuliaan budi pekerti/akhlak.
Antara doa baginda yang bermaksud :- ‘Ya Allah Ya Tuhanku, perbaikkanlah kejadianku dan akhlakku.’ Maka Allah SWT menganugerahkan baginda Al –Qur’anul Kariem yang mengandungi pengajaran mengenai adab dan kesopanan.
Aisyah r.a. pernah menyamakan akhlak Rasulullah SAW dengan Al-Qur’an (Riwayat Muslim – Saad Hisham)
Mafhum Firman Allah SWT:- ‘Dan Engkau (Wahai Muhammad) sesungguhnya mempunyai akhlak yang tinggi’ (Surah Al-Qalam : 4)

Rasulullah SAW adalah manusia yang :-

• Paling penyabar, paling berani, paling adil dan paling menjaga diri.
• Tiada sekali-kali tangan baginda menyentuh tangan wanita yang tidak dimilikinya selaku sahaya atau ikatan perkahwinan atau wanita itu muhrimnya.
• Mengasihi umat dan menyayangi ahli bait dan sahabatnya.
• Adalah baginda manusia yang pemurah hati, suka bersedekah apa yang ada pada dirinya, makanannya hanyalah tamar dan syair. Selebihnya adalah untuk jalan fiisabilillah.
• Menampal sandalnya, kainnya dan mengurus kepentingan keluarganya.
• Sangat pemalu – tidak tetap pandangannya pada muka seseorang.
• Suka memperkenankan undangan sahaya dan orang merdeka.
• Menerima hadiah walaupun seteguk air/sepaha arnab dan membalas hadiah berkenaan
• Tidak memakan harta sedekah. • Tidak sombong.
• Memarahi dan melaksanakan kewajipannya atas dasar kebenaran.
• Tidak pernah meminta pertolongan orang musyrik.
• Suka berpuasa, mengikat batu pada perutnya apabila lapar
– jika makan tidak pernah kenyang.
• Paling beradab dalam makan antaranya ialah: makan tanpa bersandar dan tanpa meja • Lebih mengutamakan orang lain daripada diri baginda sendiri.
• Tawaddhuk dan tenang . • Tidak terganggu dengan urusan dunia.
• Menyukai jubah bulu/syamlah. • Bercincin perak di jari manis kanan dan kiri
• Mengunjungi orang sakit • Berkenderaan keldai dan unta • Menyukai bau-bauan
• Duduk dan makan bersama orang-orang miskin
• Bergurau/tersenyum dan tidak mengatakan kecuali yang benar.
• Tidak takut kepada raja kerana kerajaannya
• Ummi dan hafiz/paling fasih/merdu bacaan Al-Qur’an/Lughah Arab.
• Tidak pernah mencaci, memaki hamun, mengutuk, memfitnah, mengumpat, menganiaya, hasad dengki, tamak haloba dll.
• Tidak memukul kecuali di atas jalan Allah SWT, tidak berdendam, tidak memutuskan silaturrahim.
• Paling kuat ibadatnya, paling berilmu/arif, paling banyak taubat dan syukurnya dll.
• Memuliakan tetamu dan jiran tetangga.
• Berkinayah/berdiam diri dengan tampak tanda tidak menggemari perkara yang tidak disukainya (perkara yang makruh contohnya) • Pembela wanita
• Suka menasihati.
• Dan banyak lagi.....

Selasa, 25 Oktober 2011

Fadhilat dan Kelebihan Melaksanakan Ibadah Qurban

1. Keampunan
Titisan darah qurban yang pertama adalah merupakan pengampunan bagi dosa-dosa yang telah lalu iaitu sebagai penebus dosa yang telah dilakukan.
‘Imran bin Hushain radhiallahu ‘anhushallallahu ‘alaihi wasallam bersabda kepada Sayyidatuna Fatimah radhiallahu ‘anha: meriwayatkan bahawa Rasulullah
Maksudnya: “Wahai Fatimah! Pergilah ke tempat (penyembelihan) qurbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu adalah merupakan pengampunan bagimu di atas dosa-dosamu yang telah lalu.” (Hadis riwayat al-Hakim)

2. Kebajikan (hasanah) yang dikurniakan kepada orang yang berqurban adalah sebanyak bulu binatang yang diqurbankan.
Zaid bin Arqam radhiallahu ‘anhu meriwayatkan:
Maksudnya: “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bertanya: “Wahai Rasulullah! Apakah yang ada pada qurban itu?” Rasulullah menjawab: “Ia adalah sunnah bapa kamu Ibrahim” Mereka berkata: “Apa yang akan kami perolehi darinya wahai Rasulullah?”Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai rambut satu kebajikan” Mereka berkata: “Bagaimana pula dengan bulu wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Bagi setiap helai bulu satu kebajikan.
(Hadis riwayat Ibnu Majah)

3. Darah qurban yang tumpah ke bumi akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah subhanahu wa ta‘ala.
‘A’isyah radhiallahu ‘anha meriwayatkan bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Maksudnya: “Tidak ada amalan yang dilakukan oleh anak Adam pada Hari Raya Qurban yang lebih disukai Allah melainkan menumpahkan darah (menyembelih binatang qurban). Sesungguhnya binatang qurban itu akan datang pada Hari Kiamat bersama tanduk, kuku dan bulunya dan Allah memberi pahala ibadah qurban itu sebelum darah binatang qurban itu jatuh ke bumi. Oleh itu, elokkanlah qurban kamu."
(Hadis riwayat at-Tirmidzi,Ibnu Majah dan Hakim)

4. Akan memperolehi kenderaan atau tunggangan ketika meniti titian al-Sirat al-Mustaqim di akhirat kelak.
Sabda Nabi Muhammad SAW (maksudnya): “Muliakanlah qurban kamu kerana ia menjadi tunggangan kamu di titian pada Hari Qiamat”.
“Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya. Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan.” (al-Hajj : 36-37)

Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.
Daripada Abu Hurairah Radhiallahu ‘anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
Maksudnya: “Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami”.
(Hadis riwayat Ahmad dan Ibnu Majah)
( Sumber: http://qurban-aqiqah.jim.org.my/blog )

Isnin, 24 Oktober 2011

AKU DAN BLOG

TERIMA KASIH KERANA SUDI MELAWAT BLOG YANG MASIH BARU INI. AKU SEDANG DALAM PROSES BELAJAR MEMBUAT BLOG.